Friday, January 21, 2011

BUNGA ORKID BARU

Lama sungguh tidak melawat Taman Orkid nih.... Walaupun lama tidak ke taman, tetapi koleksi orkidku bertambah..... 3 jenis lagi...


Orkid di atas ni namanya DEN BOBBY MESINA dan yang g di bawah pula JUMBO RED. Malaslah nak mengingati nama bunga-bunga ni...janji cantik jer aku akan beli dan jaga dengan baik.





Posted by Picasa

Wednesday, June 2, 2010

HOBI (6)


KEHIDUPAN AKU SEKARANG INI SANGAT SIBUK... BANYAK PERKARA LUAR JANGKA YANG PERLU AKU TANGANI DENGAN BERHATI-HATI DAN TERPERINCI. SELAGI BELUM BERSARA DARI KERJA, MAKA BANYAKLAH KERJA-KERJA YANG PERLU DIBERESKAN SEHINGGA TIDAK SEMPAT MELAKUKAN HOBI YANG AKU MINATI....


CUTI HARI WESAK YANG LALU MERUPAKAN CUTI HUJUNG MINGGU YANG AGAK PANJANG .... JUMAAT, SABTU DAN AHAD. APA LAGI AKU PUN MEMBUKA MESIN JAHIT DAN MULA MENYULAM BAJUKU SENDIRI. LIHATLAH HASILNYA.

Thursday, March 18, 2010

HOBI (5)

AKU SUKA JUGA MENJAHIT.... DAN KRAF TANGAN

INI ADALAH SALAH SATU KERJA TANGAN YANG AKU HASILKAN
PADA TAHUN 2006.

KONON2 MASUK SATU PERTANDINGAN...

BUAH2 EPAL DAN DAUN TU DIBUAT DRP KAIN...

BUKAN SENANG NAK JAHIT CANTIK2 BEGITU....


DI PUSAT P.PINANG ... AKU DIPILIH SEBAGAI PEMENANG....HU..HU..HU..
BILA DI PERTANDINGKAN DI PERINGKAT PUSAT.( K.L...)
EM...EM... KALAH LER..

TIDAK MENGAPA... CUMA KURANG BACKGROUND FINISHING JER

CANTIK TAK..?

Sunday, February 14, 2010

HOBI (2)

NAMPAKNYA BERTAMBAHLAH KOLEKSI FLORA DI TAMAN RUMAH AKU PADA TAHUN 2010 INI.

Hari ini Ahad - Cuti Tahun Baru Cina (TAHUN HARIMAU). Sempat pergi ke pekan sehari tadi. Aduh terlihat pokok PERIUK KERA DARIPADA SARAWAK INI. Terus jatuh cinta ...lalu membelinya. CANTIK....

Tadi ada juga spesis yang kecil..... nanti lain kali aku akan membelinya juga....



Posted by Picasa

Saturday, February 6, 2010

HOBI

Lama betul aku tidak dapat menikmati hobi aku... iaitu, berkebun. Lama tidak turun membelai pokok2 bunga orkid yang sangat aku minati. Sejak bertukar kerja ke tempat baru ini (kira2 3 bulan yang lalu) , banyak mengubah kehidupan aku. Aku sudah tidak ada masa terluang... begitu banyak masa dan fikiranku dituntut ke arah organisasi yang baru aku terajui itu.

Apa2 pun hari ini aku sangat gembira kerana dapat semula ke taman orkidku. Di samping bunga orkid , aku juga meminati bunga2 lain. Aku memiliki lebih dari 100 pasu bunga orkid. sekarang ni adalah 25 pasu yang berbunga.

Kali ini aku kongsikan gambar2 orkidku. nama bunga pun aku dah lupa. Lain kali aku letakkan nama bunga itu sekali.


Inilah Taman Orkid yang aku sayangi. Walau pun lama tidak menjengahnya, nampaknya pokok2 itu masih subur dan banyak yang berbunga.

Bunga kesayanganku ASC ARTON ... BERWARNA JINGGA....CANTIK BERBENTUK JAGUNG.
Ini orkid jenis dendrobium Burana Jade (kuning) dan dendrobium mini.
Ini jenis Vanda - baru sahaja habis berbunga ... cantik warna Oren.
Yang ini pula dah lupa namanya. Sudah 3 tahun peliharanya seperti menatang minyak yang penuh.... Tapi belum pernah berbunga lagi.
Bunga orkid ini dari jenis mini.... aku beli di Padang Besar.

Wah... Wah! Bunga Jacqueln Concert sedang berbunga. CANTIK!..

Ini lagi bunga orkid kegemaran ku.. NONGKAM. Dia rajin berbunga..
Yang ini lupa ler pulak namanya. Sangat ramah berbunga. Bunganya juga tahan lama.
Ini lagi... buah hati aku eh... Nama ape yer dah lupa pulak . Kalau tak silap namanya Marry White Banana kot. Jenis HYBRID daripada Thailand. Dah lama aku beli semasa expo orkid di Ipoh.