Sunday, February 14, 2010

HOBI (2)

NAMPAKNYA BERTAMBAHLAH KOLEKSI FLORA DI TAMAN RUMAH AKU PADA TAHUN 2010 INI.

Hari ini Ahad - Cuti Tahun Baru Cina (TAHUN HARIMAU). Sempat pergi ke pekan sehari tadi. Aduh terlihat pokok PERIUK KERA DARIPADA SARAWAK INI. Terus jatuh cinta ...lalu membelinya. CANTIK....

Tadi ada juga spesis yang kecil..... nanti lain kali aku akan membelinya juga....



Posted by Picasa

Saturday, February 6, 2010

HOBI

Lama betul aku tidak dapat menikmati hobi aku... iaitu, berkebun. Lama tidak turun membelai pokok2 bunga orkid yang sangat aku minati. Sejak bertukar kerja ke tempat baru ini (kira2 3 bulan yang lalu) , banyak mengubah kehidupan aku. Aku sudah tidak ada masa terluang... begitu banyak masa dan fikiranku dituntut ke arah organisasi yang baru aku terajui itu.

Apa2 pun hari ini aku sangat gembira kerana dapat semula ke taman orkidku. Di samping bunga orkid , aku juga meminati bunga2 lain. Aku memiliki lebih dari 100 pasu bunga orkid. sekarang ni adalah 25 pasu yang berbunga.

Kali ini aku kongsikan gambar2 orkidku. nama bunga pun aku dah lupa. Lain kali aku letakkan nama bunga itu sekali.


Inilah Taman Orkid yang aku sayangi. Walau pun lama tidak menjengahnya, nampaknya pokok2 itu masih subur dan banyak yang berbunga.

Bunga kesayanganku ASC ARTON ... BERWARNA JINGGA....CANTIK BERBENTUK JAGUNG.
Ini orkid jenis dendrobium Burana Jade (kuning) dan dendrobium mini.
Ini jenis Vanda - baru sahaja habis berbunga ... cantik warna Oren.
Yang ini pula dah lupa namanya. Sudah 3 tahun peliharanya seperti menatang minyak yang penuh.... Tapi belum pernah berbunga lagi.
Bunga orkid ini dari jenis mini.... aku beli di Padang Besar.

Wah... Wah! Bunga Jacqueln Concert sedang berbunga. CANTIK!..

Ini lagi bunga orkid kegemaran ku.. NONGKAM. Dia rajin berbunga..
Yang ini lupa ler pulak namanya. Sangat ramah berbunga. Bunganya juga tahan lama.
Ini lagi... buah hati aku eh... Nama ape yer dah lupa pulak . Kalau tak silap namanya Marry White Banana kot. Jenis HYBRID daripada Thailand. Dah lama aku beli semasa expo orkid di Ipoh.